TEL: 60 (3) 2141 6233        FAX: 60 (3) 2142 2295        enquiry@impiana.com  |   CONTACT US   |   MAP
Hotels:
Arrival Date:
Number of Nights:
Preferred Partners Login:
More Languages-Reservations
| More Options
F&B Partners Room

Semarak Murni bina The Selat


2012 Jul 23

KUALA LUMPUR 22 Mei - Syarikat pemaju, Semarak Murni Sdn. Bhd. (Semarak Murni) akan menjalankan projek pembangunan bercampur yang dinamakan The Selat di Pantai Klebang, Melaka dengan nilai pembangunan kasar RM1.6 bilion.

The Selat yang berkeluasan 9.6 hektar meliputi pembangunan hotel empat bintang, kondominium dan pusat komersial.

Timbalan Presidennya, Datuk Baderisham Jolly berkata, terdapat lima fasa pembangunan The Selat dan fasa pertama adalah pembinaan hotel bertaraf empat bintang.

Katanya, pembinaan hotel tersebut akan bermula pada Julai ini dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

"Hotel kami adalah bertaraf empat bintang, tetapi menawarkan perkhidmatan bertaraf lima bintang. Setelah siap, kami menyasarkan 50 peratus tetamu di kalangan pelancong tempatan dan bakinya pelancong asing.

"Konsep yang ditonjolkan melalui pembinaan hotel ini adalah moden dan kontemporari dengan dilengkapi sistem binaan hijau.

"Kadar harga yang akan ditawarkan adalah berpatutan dan kompetitif iaitu di antara RM200 hingga RM800 semalam,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media mengenai projek The Selat di sini hari ini.

Hadir sama pada sidang media adalah Presiden Semarak Murni, Datuk Adi Munawar Md. Din, Ketua Pegawai Operasinya, Hanif Mohd. Basir dan Ketua Pegawai Operasi PJZ Properties Sdn. Bhd., Kevin Natusch.

Hotel yang belum diberi nama secara rasmi itu akan dikendalikan oleh pengurusan Impiana Hotel & Resort Management Sdn. Bhd. (Impiana Hotel) yang mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan hotel di dalam dan luar negara.

Sebanyak 250 bilik akan disediakan di hotel tersebut.

Salah satu keunikan hotel tersebut adalah setiap bilik menghadap laut dan jarak dari pusat bandar Melaka kira-kira lima minit.

Tambah Baderisham, keseluruhan projek The Selat dijangka siap dalam tempoh tujuh tahun akan datang.

Malah, katanya, selepas hotel siap dibina dan beroperasi melebihi setahun, syarikat dijangka mencapai keuntungan kasar sebanyak RM8 bilion.

"Fasa kedua iaitu projek pembinaan kondominium dijangka bermula kira-kira beberapa bulan selepas projek hotel ini dibangunkan,'' ujarnya.

Keseluruhan projek The Selat dibangunkan oleh kontraktor Pembinaan Jaya Zira Sdn. Bhd.

 

Sumber: Utusan Online



Back to News